Rabu, 27 Mei 2009

Keputusan telah dibuat...terima dan perkuatkan barisan

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Menteri Besar Perak yang sah adalah Zamry...anak Pulau Pangkor.Mungkin telah tersurat bahawa dia sekarang ni bergelar Menteri Besar Perak.Harus diingat,dia sekarang telah mencipta rekod sebagai MB pertama dilantik melalui rampasan kuasa di Malaysia dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan.Ini satu rekod dan harus diletakkan dalam Malaysia Book Of Record.

Sebenarnya penyakit dari Perak ni telah menjadi bahan lawak jenaka satu Malaya...Perak telah mencipta satu rekod yang sebolehnya biarlah sekali ini terjadi dalam Malaysia.Janganlah ada pulak negeri lain nak ikut jejak langkah Perak.

Ada banyak pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.Pastinya penyokong Pakatan Rakyat.Penyokong UMNO-BN biasalah...berita tersebut disambut dengan riang gembira.Berdesing telinga penyokong PR diperli dan disindir oleh penyokong BN.Kalau dulu BN menjadi bahan lawak...sekarang PR pula menjadi bahan lawak dan bahan jenaka.

Tindakan bermogok lapar dan berhimpun sebenarnya satu budaya yang tidak kena dengan budaya kita.Dengan tindakan tersebut,modal terbesar sekarang pada UMNO-BN.Mereka memperlekehkan kita atas apa yang kita lakukan.Secara tak langsung,rakyat yang belum matang fikiran politiknya akan termakan jarum mainan UMNO-BN yang kita semua tahu ada pengaruh yang cukup besar keatas media.

Cara yang sebetulnya.....adalah lebih baik kita kembali kepada rakyat.Kita kembali kepangkuan rakyat.Menunjukkan bahawa kita sebenarnya lebih baik dan bagus dari puak yang merampas.Lebih relevan dan buktikan kita adalah yang selayaknya menjadi kerajaan.
Kita perkuatkan barisan dan kuatkan jentera parti.Kita rampas kembali Perak pada 2013.Jika kita berjaya meyakinkan rakyat bahawa kita benar dan kita layak memerintah,lebih besar majoriti akan kita perolehi.

Harus diingat,rakyat perak sekarang memerhatikan kerajaan yang baru naik melalui pintu belakang.Kemampuan mereka akan dinilai rakyat Perak.Sekiranya tempoh yang begitu panjang, mereka gagal menandingi pencapaian kerajaan PR yang hanya berusia 11 bulan....kemungkinan inilah zaman terakhir BN di Perak.

Keputusan telah dibuat...Kita terima dan kita perkuatkan barisan kita.Kita rampas kembali Perak 2013 dengan majoriti lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan