Jumaat, 29 Mei 2009

Derma Kebajikan Sekolah Agama

Pagi tadi masa aku nak bersiap pergi kerja aku dengar MHIkat tv3 suku...antara tajuk hangat ialah kutipan derma untuk pembinaan sekolah yang dibuat oleh pelajar yang sepatutnya tengah belajar.

Aku sebenarnya dah banyak kali berdepan dengan situasi ni.Dan aku rasa korang semua pun pernah alaminya jugak.Kengkadang kita akan terserempak dengan budak-budak,pak-pak aji yang minta derma sumbangan untuk pembinaan sekolah agama,maahad dan sebagainya.Kengkadang tu aku hulurlah setakat yang termampu...tapi ada betul jugak persoalan yang si mazidul ni kata....macamana rupa sekolah dan pusat yang nak didirikan.Dan yang peliknya dia kata,kebanyakkan dikawasan utara malaysia.

Aku bukan nak mengajak korang semua bersikap prejudis....tapi benarkah wujud atau tak?Dan kalau benar wujud,kemana perginya orang politik,ketua kampung,yb dan segala macam puak dan pihak yang kononnya berjuang untuk rakyat.Tak kiralah dia BN ke PR.Kenapa tak ditolong dan dibantu sekolah seperti ini yang kebanyakannya dilaporkan daif.

Terkedu jugak mazidul bila sorang pemanggil cakap,kenapa tak pergi je tengok sendiri sekolah agama yang diberitakan uzur dan daif.Pergi dan tengok dan nilai sendiri kenapa masih perlu minta derma.

Dan paling best sekali bila sorang pemanggil kata,darin tv3 suku perabih berjuta buat Jom Heboh yang dah kompom haram....lebih baik bagui duit kat sekolah agama.....

Rabu, 27 Mei 2009

Akill Hay...Mengapa Begitu?

Dua tiga hari ni kecoh sekejap Malaya ni dengan isu kes Akill Hay.Cinta 3 segi antara Akill,Waheeda dan isteri Akill.Memang kecoh...cuma yang tinggal tak terbongkar kisah dalam kelambu je lagi.Kalau nak ikutkan,malu jugak dengan perangai ustaz rock ni.Dulu kesana kesini bagi ceramah mengingatkan dan menginsafkan orang.Menasihati amal makruf nahi mungkar....tapi sekarang,ini jadinya.

Sebelum ini banyak orang menilai,golongan pendakwah yang sering kesana kemari adalah golongan kaki perempuan.Asyik nak tambah isteri je kerja...kengkadang tu cuba juga menafikan anggapan orang sebab tanpa golongan ini,siapa lagi yang nak berdakwah kepada kita.Tanpa golongan seperti ini...mungkin kita semakin huru-hara akhlak dan akidah kita.

Tapi,bila kes memalukan seperti ini terbongkar....adakalanya betul juga apa yang selama ini kebanyakkan manusia sangkakan.Benarlah kata orang...untuk membetulkan sesuatu yang salah,yang tak betul cukup susah.Silap hari bulan kita terjebak sama.Dan inilah yang berlaku pada ustaz yang dulunya ramai peminat ceramahnya.Masih terngiang lawak jenaka dalam ceramah yang merupakan trade marknya....istilah gopenghagen,beristeri 4 orang anak....nyanyian merdu semasa ceramah dan sindiran sinis pada sesetengah orang.

Satu malaya memang terkejut waktu ustaz rock ini tetiba menceburkan diri dalam industri hiburan.Alasannya untuk berdakwah melalui hiburan.Tak dinafikan,niatnya betul.Pada awalnya segalanya juga bagai betul.Cafe Akill Hay cukup diminati...memang tak miss program tu.Tapi dari sehari ke sehari makin banyak benda pelik yang terdengar berkaitan ustaz rock ni.Kemuncaknya...kantoi tengok wayang dan bercanda di pasiran pantai.

Ramai yang mengeleng kepala.Apa dah jadi dengan ustaz ni?Apa yang meracun fikirannya hingga begitu cepat berubahnya dia?Atas apa alasan yang dia berikan....agak sukar orang nak mempercayainya lagi.Tambah pulak bila kisah rumah tangga jugak sudah mencari cerita hangat.Apa dah jadi ni ustaz?

Teringat hamba pada satu cerita....kalau kita berkawan dengan orang jual minyak wangi..kita juga akan terasa wangian itu,tapi kalau kita berkawan dengan kaki todi,bau todi la yang kita dapat.

Keputusan telah dibuat...terima dan perkuatkan barisan

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Menteri Besar Perak yang sah adalah Zamry...anak Pulau Pangkor.Mungkin telah tersurat bahawa dia sekarang ni bergelar Menteri Besar Perak.Harus diingat,dia sekarang telah mencipta rekod sebagai MB pertama dilantik melalui rampasan kuasa di Malaysia dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan.Ini satu rekod dan harus diletakkan dalam Malaysia Book Of Record.

Sebenarnya penyakit dari Perak ni telah menjadi bahan lawak jenaka satu Malaya...Perak telah mencipta satu rekod yang sebolehnya biarlah sekali ini terjadi dalam Malaysia.Janganlah ada pulak negeri lain nak ikut jejak langkah Perak.

Ada banyak pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.Pastinya penyokong Pakatan Rakyat.Penyokong UMNO-BN biasalah...berita tersebut disambut dengan riang gembira.Berdesing telinga penyokong PR diperli dan disindir oleh penyokong BN.Kalau dulu BN menjadi bahan lawak...sekarang PR pula menjadi bahan lawak dan bahan jenaka.

Tindakan bermogok lapar dan berhimpun sebenarnya satu budaya yang tidak kena dengan budaya kita.Dengan tindakan tersebut,modal terbesar sekarang pada UMNO-BN.Mereka memperlekehkan kita atas apa yang kita lakukan.Secara tak langsung,rakyat yang belum matang fikiran politiknya akan termakan jarum mainan UMNO-BN yang kita semua tahu ada pengaruh yang cukup besar keatas media.

Cara yang sebetulnya.....adalah lebih baik kita kembali kepada rakyat.Kita kembali kepangkuan rakyat.Menunjukkan bahawa kita sebenarnya lebih baik dan bagus dari puak yang merampas.Lebih relevan dan buktikan kita adalah yang selayaknya menjadi kerajaan.
Kita perkuatkan barisan dan kuatkan jentera parti.Kita rampas kembali Perak pada 2013.Jika kita berjaya meyakinkan rakyat bahawa kita benar dan kita layak memerintah,lebih besar majoriti akan kita perolehi.

Harus diingat,rakyat perak sekarang memerhatikan kerajaan yang baru naik melalui pintu belakang.Kemampuan mereka akan dinilai rakyat Perak.Sekiranya tempoh yang begitu panjang, mereka gagal menandingi pencapaian kerajaan PR yang hanya berusia 11 bulan....kemungkinan inilah zaman terakhir BN di Perak.

Keputusan telah dibuat...Kita terima dan kita perkuatkan barisan kita.Kita rampas kembali Perak 2013 dengan majoriti lebih besar.

Isnin, 25 Mei 2009

Dulu Mana Ada Penyakit ni semua

Tiap-tiap hari bila kita tengok berita sekarang ni....makin banyak berita yang pelik-pelik,yang sebelum ni kita tak pernah dengar akan terkeluar.Macam-macam ada!!!Itulah yang perkataan yang boleh mengambarkan situasi dunia sekarang.Dengan politiknya yang caca-merba dan haru biru....dengan masalah sosial yang bila nak selesai...dengan masalah itu dan ini sebenarnya cukup memeningkan kita sebagai manusia.

Mungkin inilah keadaan dunia yang semakin menghampiri usia tuanya.Dunia akhir zaman.....segala macam perkara pelik bukanlah satu perkara yang perlu dihairankan.Zaman teknologi...istilah semakin berbelit lidah untuk disebut....jenuh bersilat kita nak menyebut istilah yang kengkadang kita seumur hidup baru mendengarnya.Sekarang ni satu dunia tengah kecoh dengan virus Selsema Babi.....itu nama sebenar.Tapi disebabkan sebab-sebab yang ada udang disebalik mee.....instilah tu ditukar jadi Influenza A H1N1...Konon bahasa saintifik.....buat apa nak selindung.Penyakit yang baru kita dengar ni kononnya datang dari binatang debab kaki pendek kat Mexico.Kononnya...dan sekarang ni satu dunia huru-hara.Kat Malaysia dah ada 2 orang terkena sakit bawaan binatang haram ni.

Belum hilang lagi kes selsema babi ni....keluar pulak satu lagi penyakit leptospirosis.Apa penyakit pulak ni?Tak pernah dengar pun.Macam nak dekat bunyi laptop pun ada.Dengar cerita penyakit ni datang dari najis tikus.Entahlah betul atau tak.Kali ni depot pendatang asing pulak kecoh.Sebelum tu akedemi JPJ pun kecoh sebab penyakit Meningitis...sau lagi istilah penyakit yang jarang-jarang kita dengar.Terfikirkah kita....kenapa semua ni berlaku?Deretan penyakit yang kita tak pernah dengar sebelum ni tetiba datang dan mengancam kita.Siapa yang patut dipersalahkan?Antara sedar atau tidak...mungkin inilah yang dikatakan balasan dari Allah atas dosa penghuni bumi yang semakin hari semakin sesat dan semakin teruk maksiatnya.

Bukan menuduh sesiapa...tapi kita boleh renung dan fikir sendiri.Zaman sekarang adalah zaman hiburan dan duit adalah Tuhan.Zaman dimana matlamat menghalalkan cara.Demi matlamat haram dan halal sekata....batasan telah tiada sebenarnya.Sebenarnya apa yang jadi mengajar kita....haram ada sebabnya....apa yang disuruh agama ada alasannya.Bukan sengaja direka cipta haram dan bukan sengaja mereka cipta arahan,tuntutan dan saranan agama.Kerana sekor binatang haram yang debab....satu dunia huru-hara.

Bukan sekali ni,tapi dah berapa kali kerbau pendek ni mengharu-birukan dunia.Jangan main-main....binatang najis berat ni jugak berjaya membuatkan politik negara kelam-kabut.Kerana tikus dan sikap pengotor kita jugak,segala macam penyakit yang entah dari mana keluarnya datang dan mengganas.Kecil tikus tu....tapi bala yang dibawanya rupanya mampu buat manusia tak senang duduk.