Jumaat, 22 Mei 2009

Orang Kita Kemaruk Ubat Seks

Harian Metro hari ini mendedahkan satu lagi sikap pelik dan jelik orang kita.Sikap kemaruk dan obses dengan ubat kuat seks.Yang paling pelik boleh pulak main jampi-jampi dan lagi memalukan...kalimah Allah dan Rasullullah pun dicampur dalam jampi serapah ilmu sesat ni.

Tak dinafikan..hakikat dan naluri manusia menyatakan seks itu satu kenikmatan.Dan kerana kenikmatan itulah,banyak perkara bodoh manusia sanggup lakukan.Memang semua lelaki mengimpikan tenaga seks yang kuat dan hebat...tetapi kalau sampai ilmu mengarut dan tak tentu hala pun diamalkan apa kisahnya.

Itulah hebatnya orang kita...sebut aje apa barang yang boleh kuatkan tenaga batin ni semua serbu.Semua serang...yang dah tua bangka pun kalau boleh nak serbu dan serang sekali.Dulu masa kecoh keluar Viagra,yang dah sah normal pun sapu jugak.Sedangkan semua dah tau,pil tu untuk mereka yang "kekurangan".Bukan mereka yang tak lebih dan tak kurang dan bukan jugak untuk mereka yang melebih-lebihkan.

Tapi yang herannya...kalau bab mengurut tenaga batin ni jarang-jarang pulak yang nak pergi.Alasan sakit la...alasan malu la.Sedangkan antara ubat yang tak kehapa-hapa dengan teknik urutan yang betul rasanya lagi terbukti dari ubat yang entah ya atau tak.

Obsesnya orang kita pada seks memang tak boleh dinafikan.Mungkin pedih tapi tu la hakikat yang sebenar.Kalau tidak..tak adalah kes rogol macam sumbang mahram...kes skodeng...kes raba orang dan segalanya yang bersangkut paut dengan seks.

Pilihanraya Di Kelantan....Beranikah BN Menyahut Cabaran

Sebelum itu Al-Fatihah buat keluarga YB Ismail Yaakob,ADUN Manik Urai yang telah kembali kerahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kembalinya beliau ke rahmatullah telah membuka satu lagi gelangang pilihanraya kecil dan kali ini lokasinya KELANTAN.Rasanya,satu Malaya tahu....Kelantan merupakan antara negeri yang paling digasak hebat UMNO-BN pada pilihanraya lalu.Bukan PRU baru-baru ini tetapi pada 2004 dan 1999 juga,UMNO-BN begitu mengidamkan negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Kesudahannya,semua tahu.UMNO-BN selalunya akan mendapat malu besar di Kelantan.

Sudah pasti satu Malaya akan menghalakan mata pada UMNO-BN bila satu lagi gelanggang PRK dibuka.Sebabnya mudah....UMNO-BN telah cabut dari bertarung di gelanggang Penanti.Kononnya tak mahu ikut rentak pembangkang.Sedangkan isu sebenarnya semua orang tahu.Takut kalah kali ke-5.Takut jadi 5-1.UMNO-BN takut PR baru di Perak sebab takut hilang piala PERAK.Jadi biasalah,bermacam-macam alasan akan dicipta.

Dan sekarang,rakyat akan melihat.Apakah ucapan Najib semasa mengumumkan BN tidak bertanding akan direalisasikan.Kematian Adun bukan sesuatu yang dirancang.Bukan permainan politik pembangkang.Jadi apakah BN akan menyahut seruan pertarungan di Kelantan.Kekalahan ke-5 yang amat cuba untuk di elakkan nampaknya tak termampu dielak Najib.Nampaknya....BN-UMNO ada kemungkinan untuk kalah lagi buat kali ke-5.

Satu lagi kekalahan akan membuatkan Najib semakin tak senang duduk.Orang akan melabelkannya lebih lemah dari Pak Lah.Selemah-lemah Pak Lah pun...PRK putih juga pembangkang.Masalah sekarang....bukan pembangkang yang putih mata...tetapi BN yang semakin tidur tak lena.Satu persatu pertarungan kalah dan gugur.Melihat senario terkini,sememangnya Najib semakin panas punggung.

Apa pun...gelanggang akan dibuka tidak lama lagi.Kita akan melihat lagi pertarungan.Siapa yang kalah dan siapa yang menang.Siapa yang berani dan siapa yang lari bagai musang tercabut ekor.


Khamis, 21 Mei 2009

Kekasih Ku Hak Orang...Jangan Mengejar Bayang-Bayang

Kata orang "berpijaklah dibumi nyata".Sesetengahnya pulak ada yang berkata "cermin diri terlebih dahulu". Itulah antara ayat yang akan kita dengar tatkala seseorang jatuh cinta atau ingin memiliki seseorang.Mungkin perbezaan darjat,pangkat dan kedudukan.Atau ada sebab-sebab lain yang kita tak tahu.

Tapi macamana pula kalau kes...meminati dan jatuh cinta pada tunang orang/suami/isteri orang.Tak ke naya punya kes ni?Ada ke kes gila macam ni.Jawapannya...memang ada manusia yang buta hati...mencintai,meminati dan inginkan dambaan kasih tunang/suami/isteri orang ini.Bagi mereka,kutuk dan makilah...mereka tak peduli.Cakaplah apa yang nak dicakap...masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Mencintai suami orang....boleh dimaafkan kerana fitrah lelaki diizinkan kawin sehingga 4.

Tapi macamana pulak dengan mencintai isteri orang?Mencintai tunang orang?Tunang..mungkin ada yang bagi alasan..."kapal terbang dilangit pun orang rampas dan langgar bangunan...inikan pulak diatas tanah" Masih lagi persoalannya...mencintai isteri orang?

Mengapa harus dikejar sesuatu yang sudah pasti tak mungkin tercapai?Mengapa harus dicari yang haram sedangkan kita masih mampu mencari yang halal?Mengapa harus kita merampas hak orang lain sedangkan kita juga tak mahu hak kita dirampas?Mengapa harus mengejar bayang-bayang yang akhirnya tiada kesudahan?Mengapa harus kusutkan fikiran....mengenangkan seseorang yang memang telah sah tak mampu kita miliki?Dan mengapa mendambakan kasih orang?

Cintai itu anugerah Allah....rahmat Allah....jadi gunakan rahmat itu sebaiknya.Takut rahmat dikurnia hilang kemana....murka Allah yang menjelma.

Kita Semakin Terancam

Dalam seminggu dua ni semak telinga kita mendengar kes-kes ragut dan kes rompak yang hampir semuanya melibatkan nyawa manusia melayang.Terbaru semalam bila satu keluarga kat Ipoh ditimpa malang....anak isteri mati dibunuh selepas rumah mereka dirompak.Sebelum tu....2 ibu yang sedang hamil mati bila diragut oleh manusia yang bengap dan mencari duit dengan cara mudah.2 dari manusia hantu yang buat kerja ni dah pun dicekup polis.

Satu penghargaan buat polis kerana cekap bertindak.Dalam orang masih komplen polis itu dan ini...biasalah.Semua benda ada baik dan buruknya.2 kes ni menunjukkan nyawa manusia semakin murah.Sebenarnya apa saja yang berkaitan dengan manusia semakin murah nilainya.Maruah diri dan nyawa manusia dilihat macam suatu benda yang boleh kita buat main-main zaman sekarang.

Pantang silap sikit,nyawa melayang.Pantang leka sikit,sedar-sedar gambar kita sedang beraksi sulit terpampang kat Youtube...terpampang kat Metacafe.Pantang kena ayat sikit...ikut jantan kesana kemari then lastly...kena rogol.Mana silapnya?Sapa yang perlu dipersalahkan.Kita sekarang sedang berdepan dengan satu situasi dimana kita sendiri berasa,hidup kita semakin tidak selamat dan terancam.Mana lagi tempat selamat dalam dunia ni.Yang sebelum ni disangka kebal,kukuh dan hebat pun bolos jugak.Kepada siapa kita nak bergantung harap?Yang sebelum ini dianggap pelindung,rupanya bersikap harap pagar,pagar makan padi.

Masalahnya jugak berpunca dari sikap kita sendiri.Kita semakin kurang prihatin sebenarnya.Dah banyak kali berlaku...orang menjerit minta tolong tapi kita sebahagian besar masih lagi diam dan tengok.Sikap kubur hang,kubur aku pun semakin banyak.Kalau duduk rumah flat,pangsapuri lagi sakan...depan pintu rumah pun tak bertegur sapa.Kenal pun tidak..!!!Sedangkan Nabi pun dah kata 40 rumah kiri,kanan,depan dan belakang adalah jiran kita.

Rasanya kalau semua orang bersikap macam sahabat yang mencekup manusia durjana kat Ipoh tu...mungkin aman sikit kita

Bawa Balik Chin Peng...Cadangan Gila Gerakan

Rakyat Malaysia pasti tersedak lagi...Kedai kopi yang jadi tempat orang kampung bersidang tentang cerita politik bergegar lagi.Dalam kita tertanya-tanya apa akhirnya kusut-masai di Perak...tetiba keluar la pulak idea yang tak kurang mengarut dan merepeknya.Benarkan ChinPeng pulang ke Malaysia!

Sekiranya DAP yang keluarkan cadangan ini,kita tak berasa hairan tapi cadangan ini datang dari Parti Gerakan.Parti komponen BN yang mana merupakan parti pemerintah.Rasanya ramai bekas pejuang yang kudung kaki dan tangan...yang masih hidup....waris mereka dan sesiapa sahaja yang ada sejarah hitam dengan komunis tentunya terkejut mendengar cadangan gila ini.

Apakah Gerakan langsung tidak menyedari sentimen kebencian sebahagian warga Malaysia kepada pemimpin komunis itu?Atau pun...mungkin pemimpin Gerakan itu buta sejarah hinggakan dengan mudah mengeluarkan cadangan sedemikian rupa.Mungkin pemimpin Gerakan ini sudah lupa...peristiwa Bukit Kepong,Peristiwa serangan di Kroh....tak pernah rasa azab hidup dizaman darurat.Alasan kenapa langkah itu diambil...untuk menarik kembali sokongan masyarakat cina.

UMNO-BN sebelum ini begitu sibuk memukul canang kononnya bila DAP memegang kuasa...nasib orang Melayu kononnya malang.Kononnya nasib Melayu tak terbela...kononnya akan melukakan hati banyak orang Melayu.Tapi senario sekarang,rakyat sudah dapat menilai siapa sebenarnya lebih menyakitkan hati orang Melayu.Demi kuasa...UMNO sanggup turn over...isu keris,isu Ketua Bahagian Bukit Bendera,tuntutan Timbalan Perdana Menteri oleh MCA dan idea nak bawa balik Chin Peng.Kita boleh lihat apa sikap UMNO terhadap sekutunya itu.

Kononnya membela Melayu....tapi benarkah Melayu terbela di bawah UMNO?