Isnin, 22 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan....PAS tak perlukan UMNO

Mutakhir ini kecoh negara dengan isu 'Kerajaan Perpaduan' yang pada mulanya disuarakan oleh Presiden Pas,Tuan Guru Haji Hadi Awang.Baik UMNO atau pun dalam rumah PAS sendiri,bermacam reaksi yang timbul.

Sedang dalam UMNO yang menerima cadangan dengan hati yang terbuka...dalam rumah PAS keadaan agak gelora.Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan adalah antara pemimpin PAS yang cukup lantang menentang idea ini.Jarang sekali kita lihat,pemimpin veteran PAS Kelantan ini mengamuk dan menunjukkan marahnya.Tapi demi cadangan yang padanya dianggap mengarut,kemarahan dan kesabaran tuan guru tak mampu ditahan lagi.

Timbalan Presiden,Ustaz Nasharuddin yang selama ini jarang ditegur adalah individu yang paling teruk dibelasah Nik Aziz.Sampaikan diminta letak jawatan dan sertai UMNO.Satu bahasa yang boleh dianggap kasar sebenarnya dalam bahasa politik.Dan secara sedar atau tidak,ramai penyokong PAS secara dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan ini.
Nik Aziz selaku orang lama dalam PAS dan dalam politik khususnya di Kelantan memang tahu akan sepak terajang politik UMNO.Berapa kali UMNO cuba menghambat tok guru dari pejabat Menteri Besar dalam PRU.Mereka hampir melakukan pada 2004.Tetapi,sebelum itu tuan guru telah merasa sendiri pedihnya disepak dan dihambat UMNO bila PAS disepak keluar dari BN pada tahun 1970-an.

Sebagai orang lama,parut luka akibat perbuatan UMNO ni memang masih dirasai oleh Nik Aziz.Sebagai orang lama yang telah merasai,kecewanya bila Kelantan yang sebelum itu dikuasai PAS dirampas UMNO.Hanya 1990,dibawah kepimpinannya,PAS berjaya menawan balik Kelantan hingga ke hari ini.

Kalau dilihat pada senario politik semasa,UMNO seperti nampak sangat inginkan rancangan ini berjaya.Dari cakap-cakap dimedia,nampak sangat UMNO sememangnya menantikan peluang dan saat sekarang untuk menyelamatkan nyawa UMNO yang semakin nazak.Kekalahan demi kekalahan dalam siri piliharaya kecil pasca PRU baru menampakkan betapa UMNO dan BN perlukan satu suntikan baru untuk menjadikannya masih berbekas dihati kebanyakkan rakyat.
PAS perlu sedar dan seharusnya masak dengan sepak terajang politik UMNO yang dari dulu memang diketahui,mencari bila perlu.Membuang bila senang.Justeru,pengalaman orang lama seperti Nik Aziz amat perlu untuk berdepan dengan satu organisasi yang satu Malaya tahu....putar alam!

PAS tidak memerlukan UMNO untuk menjadikannya satu parti yang relevan dan untuk membentuk 'kerajaan perpaduan'.Sebaliknya,PAS perlukan rakan-rakan pakatan untuk membentuk kerajaan yang dinamakan 'kerajaan perpaduan'.Sepatutnya PAS perlu perkukuhkan pakatan...bukan membuat satu lagi pakatan bersama musuh yang seharusnya ditentang bersama.Cukuplah pengalaman lama bekerjasama dengan UMNO yang akhirnya menyaksikan,PAS disepak keluar dan Kelantan terlepas kepada UMNO-BN.

PAS dan UMNO boleh bersama sebenarnya dalam isu yang memerlukan kesepakatan dalam keputusan dan tindakan.Agama Islam adalah contoh paling dekat.Teori mudah,boleh bekerjasama jika melibatkan isu agama.Secara realitinya itu tak berlaku.Ketika PAS memperjuangkan hukum hudud dilaksanakan,dimana UMNO ketika itu.Ketika PAS bertegang leher mahukan Islam didaulatkan,kemana pula UMNO ketika itu?

Bekerjasama sebenarnya adalah ungkapan paling sesuai untuk PAS dan UMNO...bukan berpakat dan kemudian berbincang dan akhirnya bersama dalam 'Kerajaan Perpaduan'

3 ulasan:

  1. PAS memang tak memerlukan UMNO... UMNO je sebuk2 nak ajak PAS bergabung... ape kate kite bagi idea... kalau syg sgt melayu meh masuk PAS ramai2... bubarkan je UMNO... nih mereka sygkan UMNO sebenarnya...

    BalasPadam
  2. salam ziarah, sdr dari kg budi nawa kee

    BalasPadam
  3. Salam
    1 time lepak blog Bang Nawa Ensem.

    BYW, kt follower tu, siapakah gerangan empunya nama SAFINA tu?

    Adik ipar Bang Nawa Ensem keeee?

    BalasPadam